Travelog 1 : Istanbul Kami Datang !

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.

     Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kekuatan kepada Team JLI (Jom Lepak Istanbul) yang telah menganjurkan satu trip percutian ke Istanbul & Bursa, Turki pada 15 - 22 Januari 2014 yang lalu.

     Team JLI seramai 4 orang bersama 21 orang peserta memulakan perjalanan daripada Bayt PRISMA, Mafraq pada jam 6.30 p.m menuju ke King Abdullah Airport, Aqabah. Akhirnya, kami sampai di Aqabah pada jam 1.00 a.m.
Di ruangan menunggu sebelum flight jam 4.00 a.m Jordan & Dijangka tiba di Istanbul jam 6.30 a.m.
     Akhirnya, kami tiba di Istanbul pada jam 6.30 a.m. dan menunggu ketibaan Us Nordin Yusoff (salah seorang crew JLI) untuk menjemput kami. Setelah hampir beberapa minit menunggu, kami pun meneruskan perjalanan kami ke Muzium Panorama 1453 yang terletak di kawasan Topkapi, Istanbul.

Bertolak dari Ataturk Airport ke Muzium Panorama 1453
     Kami tiba di Muzium Panorama 1453 setelah lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki tram.

Pintu masuk Muzium Panorama 1453
PANORAMA 1453

Muzium PANORAMA 1453 adalah sebuah muzium yang mempersembahkan tentang peristiwa penaklukan kota Konstantinople yang diketuai oleh Sultan Mehmet II atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh.

Muzium ini terletak di dalam “Culture Park Topkapi” dalam kawasan Topkapi di Istanbul. Animasi lukisan cat yang ditonjolkan menggunakan teknologi laser dan kesan bunyi 3D. Hal ini bakal menjadikan anda taajub dan merasai pengalaman berada di dalam kawasan peperangan semasa penaklukan Kota Konstantinople. Akan tetapi, di muzium ini, semua pameran bertulis ditulis di dalam bahasa Turki. Namun, terdapat panduan audio dalam pelbagai bahasa di kawasan pintu masuk muzium.

Muzium ini dibuka kepada umum pada 31 Januari 2009 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Turki pada masa itu, Recep Tayyip Erdogan.

Sedikit sebanyak catitan peristiwa penaklukan Kota Konstantinople :

1)      Diketuai oleh Sultan Muhammad (Mehmet) II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh.
2)      Beliau menawan Kota Konstantinople semasa berumur 21 tahun.
3)      Pengepungan Kota Konstantinople berlangsung dari 6 April 1453, Jumaat sehingga 29 Mei 1453, Selasa.
4)      Sebelum Sultan Muhammad Al-Fateh melakukan pengepungan di kota ini, beliau melakukan kajian dan pemerhatian tentang adat, budaya dan kepercayaan masyarakat Rom Byzantine pada masa itu bagi menyusun strategi dan merealisasikan hadis Rasulullah S.A.W. 

     Setelah berlegar di sekitar kawasan muzium dalam lebih kurang 2 - 3 jam, kami meneruskan perjalanan ke Cordial House Hotel yang terletak di sekitar Camberlitas, Istanbul. Kami check-in hostel yang bakal menjadi tempat penginapan kami selama berada seminggu di Turki dan berehat lebih kurang 3 jam sebelum meneruskan perjalanan kami di sebelah petang.

Setakat ini sahaja dahulu catitan kami. Nantikan episod sambungan travelog Geng Jom Lepak Istanbul.
Blogger Templates